Saturday, January 23, 2010

alhamdulillah...Sabtu yang tenang...
erm...teringin nak balik kampung.teringat mak ayah adik2...rindu!!!!

Thursday, January 21, 2010

Hari ini...mood aku kurang baik...Mungkin disebabkan kekurangan darah..
erm..Aku teringin nak jadi seorang yang periang,muka tanpa masalah,...tapi..aku tak mampu..Aku tewas dengan sifat amarahku ni..Aku tak mampu kawal kesabaran aku..
Ya Allah,bantulah aku menghadapi dugaanMu..Aku tahu,setiap orang ada masalah..tapi diri aku,aku tak mampu nak kawal perasaan tu...kenapa....????
cinta itu memang indah..
tetapi..
Indah lagi jika cinta aku ini Hanya pada Allah..
tapi mampukah aku mencintai Allah lebih dari segalanya...
aku cuba untuk mecintaiMu ya Rabbi...
Walaupun aku tidak pasti adakah cintaku berbalas..
Mungkin aku melebihkan cinta dunia ini dari Engkau..
YA Allah,,,Doronglah hatiku untuk Hanya mencintaiMu...
Bukan makhlukMu..
Tolonglah hambaMu ini...
lama dah rasanya aku tak tulis blog...huhuhu...Hari ni aku derma darah...macam tak percaya...walaupun pada dasarnya aku tak dibenarkan derma darah...sebab berat aku bawah 45..tap Allah tu maha Agung..Dia makbulkan doa di hatiku ini...minggu lepas adalah minggu yang paling indah dalam hidupku..

kisahnya bermula...Hari rabu 13.1.10..
Aku akan menghadiri hari yang paling bersejarah dalam hidupku...mungkin bagi orang lain, hari itu adalah biasa sahaja..
Aku akan menghadiri konvokesyen pertama ku di atas kejayaan ku,berkat dorongan ibubapa ku,lecturer,rakan-rakan, dan tanpaNYA aku belum tentu lagi berjaya mendapat Diploma LCCI.
Alhamdulillah..
petang rabu tu,aku ada 'call' emak. "mak,nanti datang dengan sapa satgi?" pada mulanya emak cakap nak datang dengan ayah..Aku bukan main gembira.. Yerlah,selama aku hidup dalam bumi ni,aku tak pernah buat mak,ayah gembira...dah banyak aku mengalirkan air mata mereka dengan kesedihan...aku teruk...

Tapi sangkaanku itu meleset..ayah tak jadi datang..hatiku pedih,sedih teramat...mengalir air mata aku..Dalam kelas,aku cuba tahan airmata aku...tapi,tetap mengalir..
Ya Allah..aku sangat-sangat terasa...kenapa KAU uji aku sebegini,sedangkan ini cuma hal kecil..
Aku tenangkan fikiran,emak cakap ayah ada kerja penting yang perlu disiapkan.Aku terasa sebab ayah pergi ke majlis konvokesyen kakak,abang-abangku yang terdahulu...

malam tu,aku pergi ke rumah makteh. Tepat jam 11 malam,aku terkejut,ayah datang dengan adik-adik sekali..Aku menangis kat bahu mak,sebab rasa bersalah pada ayah..Ayah sanggup ubah plan last minit semata-mata nak datang ke konvokesyen aku,semata-mata taknak bagi anak nya yang sensetif ni terasa,sedih.

Aku rasa sungguh bersalah..
'mak,ayah marah kakcik ka' ucapan itu yang terpancul di mulut ku...'taklah kakcik,ayah memang nak sangat tengok kakcik konvo,ayah cuma tak larat ja tu.' emak memujuk..Selama ini..Aku kurang menyayangi ibubapaku,seperti mana yang aku sayangi mereka sekarang..Aku benar-benar ingin berubah..Alhamdulillah Allah campakkan kasih sayang tu sekarang untuk ibubapaku...Aku sayang mereka..sayang...Aku tak nak lukakan hati mereka lagi...

Aku akui,aku anak yang sensetif...serta ego..Tapi aku akn cuba belajar,untuk menjadi hati keras...tak mudah menangis....dan mudah memaafkan orang lain...aku tak mahu guriskan hati emakk dan ayahku lagi..
cukuplah selama ini aku buat mereka menderita...
Aku berdoa kejayaan itu bukanlah melalaikan aku...malah mendekatkan aku dengan Allah, dan ibubapaku..Doakan aku..'
Insan hina...

Monday, January 11, 2010

Kadangkala...ujian yang Allah berikan pada kita tak sama macam orang lain.. Bukan apa..Allah nak uji samada kita mampu tak nak hadapi ujian tu..kalau mampu,kita dah berada di landasan yang betul .Kalau tidak..huhuhu...Kita tak yakin Allah bersama kita.. Hari ini,ujian yang Allah uji aku adalah kesabaran aku dengan tohmahan pelbagai pihak mengenai perubahan aku...TAk palah Izzaty..you have to face it.. Mulut orang kita xleh nak tutup...

Saturday, January 9, 2010

Ahad yang penuh damai...esok dah start kelas.. Aku kena ingat azam aku.. Nak jadi insan berguna..pada agama..bangsa..ibubapa..Aku takut..aku xdapat tempuh ujian ni..Alhamdulillah setakat ni ramai yang bagi dorongan dengan perubahan aku ni...Hopefully...Allah bantu aku..amin...