Thursday, December 31, 2009

Perubahan memerlukan pengorbanan,kesabaran...

Assalamualaikum...Alhamdullilah,akhirnya aku dapat juga melakar sebuah blog buat diriku untuk dikongsi bersama insan lain dimuka bumi ini...Buat pertama kalinya aku mempunyai blog sendiri,kukira ianya juga sebagai diari hatiku.. Mngkin setiap orang mempunyai diari masing-masing yang ditulis di dalam buku.Aku?Sepanjang hidupku, diari hatiku hanya diminda,dihati dan hanya Dia sahaja yang mengetahui..

Tahun baru sudah bermula...banyak azam yang aku coretkan di dalam mindaku..
Tetapi terlaksanakah ia pada tahun ini..?Mungkin ya,mungkin juga tidak...

Pertama..ingin sekali aku berhijrah..Berhijrah dari segi luaran mahupun dalaman.
Tetapi layakkah aku sebagai insan yang hina ini untuk berubah?
Aku takut aku tidak mampu menempuhi dugaan yang bakal Dia berikan padaku...

Hasratku,ingin ku sarungkan tubuhku ini dengan pakaian yang benar-benar mengikut syariat islam. Melitupi tubuhku,tanpa seinci aurat yang boleh dilihat oleh lelaki ajnabi.
Ingin sekali aku melabuhkan tudung yang sekiankali singkat sebelum ini. Ingin jua aku menghiasi hatiku dengan zikrullah yang jarang sekali aku lafazkan dibibirku sebelum ini...
Indahnya jika aku mampu menutup mulutku dari mengumpat,mengata.

Indah lagi jika aku mengawal amarahku tatkala hati ini sakit digurisi insan lain..

Dan alangkah damai dan gembiranya jika aku dapat bercinta dengan Pencipta yang agung..
tanpa meninggalkan sekelumit cinta pun kepada makhluk yang lain..

Namun aku takut sekali,takut aku tidak mampu melangsaikan azamku pada tahun ini..
Aku sedar,sebelum ini aku banyak melakukan kesilapan,banyak melukakan hati insan lain, banyak melupakanNya,tetapi berilah aku ruang untuk berubah..

Ya Allah...benarkanlah hambaMu ini mengecapi cintaMu yang Agung...
Jika aku alpa,hadirkanlah seseorang untuk memperingatiku...
Jika aku leka..Kau janganlah biarkan aku terus terleka...
Jika aku lalai, Kau hukmlah aku tatkala itu juga..Agar aku tahu Engkau masih menyayangiku.
Dan ingin aku kembali kepadaMu...

Ya Allah..Biarlah setiap langkahku ini mendapat keredhaanMu...
Janganlah Kau benarkan hatiku mendekati maksiat..
Aku takut..Kau akan berpaling dari memandang hambaMu yang hina lagi alpa ini...

Sempena TahunBaru ini...Aku mohon padaMu agar kau tetapkan imanku..
Janganlah Kau goyahkan imanku dengan duniawi yang sementara ini...
Kasih SayangMu lebih utama dari segalanya..
Wahai tuhan yang Maha Kaya,Lagi Maha Agung...

Amin..

Buat insan lain...tegurlah aku jika aku melakukan kesalahan...
Aku sedia menerima walaupun ianya pahit...
Salam ukhwah...

Ukhwah fillah abadan abada...